Lawatan Delegasi Persidangan “Delivering Service Through One-Stop Shops” ke UTC Johor @nsumof

 

JOHOR BAHRU , 5 MEI – UTC Johor telah menerima lawatan Delegasi Persidangan “Delivering Service Through One-Stop Shops”  hari ini, anjuran United Nations Development Programme (UNDP) dan Bank Dunia yang berlangsung di Singapura dari 3 Mac hingga hari ini dan  meneruskan lawatan ke Karnival Mobile CTC di Pasir Gudang.

 

Terdapat 80 orang peserta delegasi dari 29 negara antaranya, Denmark, United Kingdom, Germany, Kazakhstan dan banyak lagi.



 

Peserta delegasi telah diberikan beberapa taklimat tentang penubuhan UTC, RTC dan Mobile CTC  mahupun pencapaian UTC Johor yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Unit Strategik Nasional, Datuk Dr. Aminuddin Bin Hashim.

 

Peserta telah dibawa melawat ke agensi-agensi bagi melihat keadaan sebenar operasi di UTC Johor.

(Visited 77 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.