JOHOR BAHRU, 5 MEI – Ledakan hatrik Gabriel Guerra ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) membenam Magwe FC 3-1 pada saingan Kumpulan F Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos kemarin , sudah cukup menceritakan keinginan pasukan itu untuk bangkit daripada persembahan kurang konsisten sebelum ini.

 

JDT di bawah bimbingan Benjamin Mora berdepan saat-saat getir musim ini apabila mengakhiri pusingan kumpulan selaku naib juara dan hanya layak ke separuh akhir berdasarkan kiraan mata berbanding naib juara Kumpulan G, Hanoi FC dari Vietnam.

 

Guerra menegaskan tanpa kerjasama berpasukan tidak mungkin dia mampu menjaringkan tiga gol.



 

“Sudah tentu saya gembira membantu kemenangan buat JDT, tetapi saya tidak melakukannya berseorangan kerana rakan sepasukan banyak membantu.

 

“Kami akui agak terkilan tidak dapat menamatkan saingan Kumpulan F selaku juara, namun itulah bola sepak, ada ketika kita berada di kemuncak dan ada ketika kita tidak beraksi dengan baik.

 

“Tanpa Gonzalo Cabrera yang tidak diturunkan pada aksi itu nyata tidak menjejaskan rentak permainan saya, malah JDT dibarisi pemain berkualiti yang dibentuk untuk bekerjasama antara satu sama lain dan ia memudahkan tugas saya menjaringkan gol,” katanya.

 

Guerra juga menyifatkan tuah memainkan peranan bagi membolehkannya melakukan hatrik. Hatrik itu adalah yang ketiga sejak dia beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) dengan kali pertama bersama Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada saingan Liga Perdana dan kemudian hatrik pada saingan Liga Super.

 




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



(Visited 85 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.