Berikan Tumpuan Terhadap Sekolah Agama – @TPJ1

Berikan Tumpuan Terhadap Sekolah Agama – @TPJ1

 

 

 

JOHOR BAHRU, 5 MEI – Tengku Putra Haron Aminurrashid mengulas titah Sultan Johor yang disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai kelemahan sistem pendidikan Sekolah Agama dan berusaha meningkatkan mutu pembelajaran sekolah aliran itu.

 

Adun Kempas itu berkata, terdapat sekolah-sekolah agama di Johor telah usang dan kekurangan guru  di sekolah- sekolah agama.

 

“Setiap tahun kita hantar pelajar ke Universiti Al Azhar dan keluar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama, saya nak tahu kemana mereka kini setelah mereka pulang? Kenapa tak dinaikkan gaji guru sekolah agama dan salurkan mereka dari Al Azhar itu ke sini buat dua tahun tugas mandatory bila mereka pulang bagi yang di beri biasiswa, sebelum dimasukkan mereka ke jabatan lain.

 

“Duit di dalam jabatan agama, Baitumal dan lain- lain umpamanya JAKIM di peringkat pusat, banyak dan bila kita mengenakan caj untuk mendapatkan cop halal itu semua mempunyai pungutan beratus juta malah billion setiap tahun, saya tak faham mengapa sekolah – sekolah agama yang saya rasmikan kebanyakkannya sudah usang. Kita harus cari jalan bagaimana kita boleh mendapat saluran dari pusat dan GLC2 negeri Johor untuk menyempurnakan sekolah2 agama di negeri ini. Dengan surplus yang memberangsangkan selama 6 tahun berturut2, munasabah kalau di minta supaya sedikit tumpuan yang lebih diberikan kepada masalah ini, katanya.

 

Barulah kita boleh beri testimoni kepada dunia bahawa kita adalah negeri Islam yang berkemajuan.

 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri  Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, semalam.

 

(Visited 8 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest