Ad banner

4 UTC Baharu Bakal Dibangunkan @nsumof

4 UTC Baharu Bakal Dibangunkan @nsumof

 

 

JOHOR BAHRU, 5 MEI – Pusat Transformasi Bandar (UTC), yang berfungsi sebagai pusat perkhidmatan sehenti, membuktikan komitmen dan keprihatinan kerajaan dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk rakyat di setiap negeri.

 

 

Terdapat 4 Pusat Transformasi Bandar (UTC),  bakal ditubuhkan. Pengarah Unit Strategik Nasional Kementerian Kewangan Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata pengwujudan UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Selangor dan Pulau Pinang itu adalah menerusi Bajet 2017.

 

 

“Kita menjangkakan UTC di Ampangan dapat dibuka pada 15 Mei ini manakala UTC di Kangar pada Julai atau Ogos ini,” katanya, sebentar tadi.

 

 

 

 

Aminuddin berkata setakat ini, terdapat 18 UTC di seluruh negara yang merekodkan seramai 46 juta pengunjung sehingga Mac lepas dan kerajaan menerima banyak cadangan daripada Anggota Parlimen untuk mewujudkan UTC di kawasan masing-masing.

 

 

 

“Bagaimanapun, tahun ini kita menumpukan hanya empat UTC ini dahulu sebelum diperluaskan ke tempat lain,” katanya dan menambah sekurang-sekurangnya 30 agensi disediakan di UTC terutamanya Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

 

 

Strategi menghimpun semua agensi kerajaan di dalam satu bangunan ternyata memudahkan rakyat menyelesaikan urusan mereka tanpa perlu ke pelbagai lokasi bagi melakukan urusan berbeza pada waktu yang sama.

Menurut Aminuddin, kos mewujudkan UTC bergantung kepada bangunan yang dicadangkan kerajaan negeri dan agensi yang akan diletakkan di situ, namun, kebiasaannya antara RM15 juta hingga RM50 juta.

 

 

 

Beliau berkata selain menyediakan perkhidmatan, UTC turut digalakkan menjadi pusat kemasyarakatan dan sukan dalam kalangan generasi muda.

 

 

“Kita mahu anak muda datang melepak ke UTC. Peranan UTC pada masa depan akan dijadikan seperti balai raya pada zaman dahulu yang mana orang ramai menjalankan aktiviti kemasyarakatan di situ,” katanya.

 

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima lawatan delegasi Persidangan ”Delivering Services Through One-Stop” membabitkan 80 peserta dari 29 negara termasuk Denmark, United Kingdom, Germany, Kazakhstan ke UTC Johor di [email protected] di sini.

 

(Visited 8 times, 1 visits today)

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This