Ucapan Pengerusi Mutiara Johor Corporation Sempena Go Green 2017 – @Johor_Corp

Pelancaran Program Go Green – Johor Corporation Untuk Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2017

JOHOR BAHRU, 4 MEI –  Johor Corporation selaku sebuah konglomerat negeri meneruskan inisiatif terhadapa usaha memupuk kesedaran khasnya kalangan masyarakat di negeri Johor supaya mencintai alam sekitar.

Buktinya, Johor Corporation melancarkan Program Go Green – Johor Corporation Untuk Sekolah – Sekolah Negeri Johor 2017 bertempat di [email protected] semalam, sebagai kesinambungan inisiatifnya melebarluaskan pendidikan alam dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.

Menurut Datin Noor Laila Yahaya, Pengerusi Mutiara Johor Corporation merangkap Pengerusi Go Green – Johor Corporation, pelancaran program tersebut adalah inisiatif korporat Johor Corporation menerusi Mutiara Johor Corporation dalam memastikan masyarakat khususnya generasi muda di negeri Johor didedahkan dengan kesedaran dan amalan mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar melalui program pendidikan alam.

Pada November 2013 dan Januari 2016, Johor Corporation melalui Mutiara Johor Corporation telah melancarkan program “Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge” sebagai sumbangan kepada usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terutama generasi muda terhadap kepentingan pemuliharaan hidupan liar.

“Program ini adalah susulan kepada komitmen Johor Corporation bagi meningkatkan kesedaran dan mencintai alam sekitar melalui penglibatan pelajar dalam program mempromosi kelestarian alam sekitar. Ia juga bertujuan mengalakkan peserta menjana idea – idea baharu berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar serta menjadi antara komponen dalam pendidikan alam untuk generasi muda Johor khasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Go Green – Johor Corporation Untuk Sekolah – Sekolah Negeri Johor 2017. Turut hadir, Yasman Bin Jamsir, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan selaku wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Untuk pemulaan sebanyak 26 sekolah telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk menyertai program ini dsn diberi pendedahan bagi menjayakan program tersebut.

Turut diadakan sempena majlis pelancaran itu ialah ceramah mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar yang disampaikan oleh wakil – wakil agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, SWM Environment Sdn Bhd, dan SMK Taman Kota Kulai.

Program Mutiara Johor Corporation Untuk Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2017 adalah program di bawah Yayasan Johor Corporation dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Falkulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia.

http://www.facebook.com/johortimes.my

(Visited 90 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest