Rakyat Tempatan Ditahan Promosikan Daesh Melalui Aplikasi Google Plus Dan Facebook – @PDRMsia

Rakyat Tempatan Ditahan Promosikan Daesh Melalui Aplikasi Google Plus Dan Facebook – @PDRMsia

 

 

KUALA LUMPUR, 4 MEI – Pihak polis menahan enam rakyat tempatan yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh, menerusi operasi khas di lima negeri antara 24 Mac hingga 25 April lalu.

 

Tangkapan empat suspek lelaki dan dua wanita itu dilakukan di Kelantan, Selangor, Melaka, Johor dan Pulau Pinang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata dua lelaki ditahan di Kelantan kerana disyaki bersubahat menyeludup senjata api dari selatan Thailand untuk kegunaan anggota militan Daesh di Malaysia.

 

“Suspek ketiga ialah seorang penuntut kolej wanita yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 

“Dia dilaporkan ke Turki pada 29 Ogos tahun lalu bagi menyertai Daesh di Syria sebelum ditahan oleh pihak berkuasa Turki pada 5 Februari lalu ketika menunggu arahan daripada pengganas, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi, untuk menyusup masuk ke Syria.

 

“Dua lagi suspek iaitu seorang penganggur lelaki dan seorang wanita pembantu jurutera kilang yang membantu mempromosikan Daesh melalui aplikasi Google Plus,” katanya dalam kenyataan semalam.

 

Khalid berkata, suspek terakhir ialah seorang penganggur lelaki yang ditahan pada 25 April lalu di Pulau Pinang.

 

Katanya, suspek terbabit aktif mempromosikan Daesh melalui 15 akaun Facebook miliknya sejak tahun 2014.

 

“Semua suspek disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab Vi A – kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya.

(Visited 22 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66