Pembantu Warden Bebas Dengan Jaminan Bon Mahkamah – @PolisJohor

Pembantu Warden Bebas Dengan Jaminan Bon Mahkamah – @PolisJohor

KOTA TINGGI, 4 MEI – Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas pelajar sebuah madrasah tahfiz, dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah, semalam.

Suspek lelaki berusia 29 tahun yang berbaju lokap berwarna jingga dibawa ke Mahkamah Majistret pada pukul 12.15 tengah hari.

Hakim Mahkamah Sesyen, Salawati Djambari membenarkan permohonan polis untuk membebaskan pembantu warden itu dengan jaminan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Acara Jenayah sebanyak RM20,000.

Suspek pada mulanya ditahan reman empat hari pada 23 April lalu sebelum disambung tiga hari sehingga 29 April bagi mambantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Walau bagaimanapun, selepas siasatan kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh susulan kematian mangsa pada 26 April lalu, tempoh reman terhadap suspek dilanjutkan tujuh hari bermula 27 April hingga semalam bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

(Visited 41 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest