Kuatkuasa Pindaan Peraturan Tanah Johor – Sultan Johor

Kuatkuasa Pindaan Peraturan Tanah Johor – Sultan Johor

 

JOHOR BAHRU, 4 MEI – Sultan Johor menitahkan agar kerajaan negeri menguatkuasakan pindaan Peraturan Tanah Johor yang mengenakan kadar bayaran dan cukai yang baharu.

 

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, sepatutnya pindaan itu dilaksanakan pada 2015, iaitu 10 tahun sejak pindaan terakhir yang dibuat kerajaan pada 2004.

 

“Janganlah kerana hendak mengadakan pilihan raya, kerajaan menangguhkan pelaksanaannya kerana apa juga keputusan pilihan raya kelak, pindaan peraturan itu akan tetap dilaksanakan.

 

“Ingatlah sesuatu dasar dan undang-undang mestilah dibuat secara konsisten, bukan atas sebab politik,” titahnya.

 

Titah baginda disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam pembukaan penggal kelima persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, hari ini.

 

(Visited 46 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66