Berusaha Tingkatkan Mutu Sekolah Agama – Sultan Johor

Berusaha Tingkatkan Mutu Sekolah Agama – Sultan Johor

JOHOR BAHRU, 4 MEI – Sultan Johor menitahkan agar Kerajaan Negeri Johor mengkaji kelemahan sistem pendidikan Sekolah Agama dan berusaha meningkatkan mutu pembelajaran sekolah aliran itu.
“Sistem Pendidikan Sekolah Agama Islam di Johor merupakan contoh kepada negeri-negeri lain, namun pada hari ini, saya perhatikan Sistem Pendidikan Sekolah Agama semakin lemah dan dianggap seperti kurang penting,” titah Sultan Johor.

Baginda turut bertitah, masalah kekurangan guru dan kelengkapan sekolah serta keadaan persekitaran yang kurang selesa juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

Titah baginda disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam pembukaan penggal kelima persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, hari ini.

(Visited 43 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com