Bantu Kerajaan Hapus Rasuah – Sultan Johor

Bantu Kerajaan Hapus Rasuah  –  Sultan Johor

 

JOHOR BAHRU 4 MEI  – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap kerajaan negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkerjasama bagi meningkatkan integriti penjawat awam dan membantu meneliti prosedur yang lemah dan terdedah kepada rasuah.

 

Sultan Johor bertitah, orang ramai  dinasihatkan bersama-sama membantu kerajaan menghapuskan amalan rasuah dan bukan dengan mengamalkan “bayaran tol” atau apa juga bentuk suapan.

 

“Saya percaya majoriti penjawat awam telah mengamalkan sikap integriti yang tinggi, namun begitu hanya kerana segelintir individu yang tidak amanah, nama baik perkhidmatan tercalar,” titah baginda.

 

Titah baginda disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam pembukaan penggal kelima persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim,hari ini.

(Visited 76 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66