Mahkamah Benarkan Permohonan Reman 4 Hari Terhadap Pembantu Warden @PolisJohor @PDRMsia

Mahkamah Benarkan Permohonan Reman 4 Hari Terhadap Pembantu Warden @PolisJohor @PDRMsia

KOTA TINGGI, 3 MEI – Seorang pembantu warden madrasah tahfiz yang direman sejak 23 April lalu bagi membantu siasatan kes pukul pelajar berusia 11 tahun, tiba di Mahkamah Majistret, sebentar tadi.

Suspek berusia 29 tahun memakai baju lokap jingga diiringi anggota polis sebelum dibawa ke mahkamah untuk prosiding selanjutnya.

Pada 23 April lalu, Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini, membenarkan permohonan reman empat hari terhadap suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Mahkamah pada 27 April lalu membenarkan tempoh reman dilanjutkan tiga hari bagi membantu siasatan.

Suspek ditahan di rumahnya di FELDA Lok Heng Barat, Kota Tinggi dekat sini jam 4 petang, pada 22 April lalu selepas ibu kepada, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, membuat laporan polis.

Mohamad Thaqif meninggal dunia pada jam 2.05 petang 26 April lalu, di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru ketika mendapatkan rawatan selepas kedua-dua kakinya dipotong berikutan jangkitan kuman dan darah beku.

Susulan kematian mangsa, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata tempoh reman suspek dilanjutkan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

(Visited 30 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66