Kejohanan 113 Triathlon Malaysia 2017 Bakal Gegar Desaru

 

Kejohanan 113 Triathlon Malaysia 2017 Bakal Gegar Desaru

 

 

JOHOR BAHRU, 3 MEI – Kejohanan 113 Triathlon Malaysia 2017, bakal diadakan pada 13 Mei ini, di Lotus Desaru Beach Resort, dan kini masuk tahun keempat penganjuran ini diadakan. Menampilkan keunikan tersendiri berbanding aktiviti triathlon lain kerana menampilkan konsep kekeluargaan.

Pengarah Urusan Eventure Global,  Andy Foo Mun Kit berkata pelbagai  negara yang bakal menyertai kejohanan itu antaranya ialah Brunei, Singapura, Thailand, Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Sepanyol, New Zealand, China, Indonesia, Kanada, Itali dan Perancis.

 

 

 

“Kategori utama yang dijadualkan, melibatkan acara renang sejauh dua kilometer, berbasikal (90km) dan berlari (21km).

“Manakala dua kategori sampingan iaitu 113 Sprint melibatkan acara renang sejauh 750 meter, berbasikal (20km) dan berlari (5km) dan bagi kategori 113 Mini melibatkan acara renang sejauh 300 meter, berbasikal (10km) dan berlari (2km),” katanya.

Menurut Foo kategori utama biasanya disertai oleh atlet yang sudah biasa dengan sukan ekstrem seperti ini manakala bagi mereka yang masih baru mencuba termasuk kanak-kanak, boleh menyertai kategori 113 Sprint dan 113 Mini yang mana melibatkan aktiviti dalam jarak yang singkat.

Pada kejohanan itu, sebanyak RM30,000 wang tunai serta barangan ditawarkan untuk dibawa pulang oleh lebih 120 pemenang setiap kategori, katanya.

 

Turut berkerjasama menjayakan kejohanan ini ialah penaja kerajaan iaitu KEJORA, Tourism Johor dan juga PBT Penggerang termasuk Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Polis Diraja Malaysia (PRDM), BOMBA, Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kastam, Imigresen, dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

 

(Visited 21 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest