KARNIVAL MUAFAKAT TANI DUN RENGIT ASAS TANI SUMBER EKONOMI LESTARI BATU PAHAT

KARNIVAL MUAFAKAT TANI DUN RENGIT ASAS TANI SUMBER EKONOMI LESTARI BATU PAHAT

JOHOR BAHRU, 3 MEI – ADUN Rengit, Haji Ayub Bin Haji Jamil yakin dengan potensi pembangunan industri asas tani menjadi nadi penggerak ekonomi Batu Pahat.

Peruntukan sebanyak RM 114 juta telah disediakan oleh kerajaan negeri dalam membangunkan beberapa sektor yang penting bagi keselesaan rakyat bahkan meningkatkan taraf sosioekonomi setempat.

Daripada jumlah itu, 2 projek yang diberi tumpuan dalam sektor pertanian iaitu dengan menaiktaraf dan membina jalan ladang yang baharu bagi mengeluarkan hasil pertanian penduduk dengan peruntukan sejumlah RM 4.12 juta.

Selain dari itu, projek menyelenggara dan mendalamkan parit pertanian yang sedia ada bagi melancarkan aliran air bagi kawasan-kawasan pertanian yang terlibat turut diberi perhatian dengan peruntukan sebanyak RM 1.32 juta disediakan oleh kerajaan negeri.

“Kita berasa yakin dengan penyediaan kemudahan infrastruktur yang lebih baik ini akan memberikan banyak manfaat kepada kumpulan petani dan pengusaha industri asas tani meningkatkan hasil keluaran mereka.

“Kerajaan negeri terus komited dalam memastikan agenda membangunkan ekonomi rakyat sejajar dengan aspirasi Johor Berkemajuan, Rakyat Sejahtera, “ katanya dalam kenyataan hari ini

Disamping itu juga, kerajaan negeri Johor dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menganjurkan Karnival Muafakat Tani Johor DUN Rengit yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Mei 2017.

Seramai lebih 5 ribu pengunjung daripada sekitar daerah Batu Pahat dan daerah-daerah berhampiran telah mengunjungi program yang akan diadakan selama 3 hari ini dengan sasaran pulangan melebihi RM 50 ribu melalui kutipan jualan daripada lebih 40 lot jualan produk usahawan dan pameran agensi yang disediakan.

Program yang dijayakan bersama dengan lebih daripada 20 agensi kerajaan negeri ini akan memperlihatkan kepelbagaian inovasi, produk dan perkhidmatan industri asas tani kepada para pengunjung di Dewan Orang Ramai Dun Rengit, Batu Pahat.

Karnival ini juga turut disajikan dengan pelbagai program dan aktiviti sepanjang 3 hari berlangsung serta persembahan daripada artis jemputan. Program terbuka kepada orang ramai dan mula dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam, masuk adalah percuma.

(Visited 110 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest