KUALA LUMPUR, 3 MEI – IKEA kini bersedia untuk mengambil pekerja  bagi  cawangan pertamanya di Selatan Malaysia, IKEA Tebrau. Dengan memasuki pasaran Johor, IKEA akan memperkenalkan, memperluas dan menjana pelbagai pilihan set khususnya  dalam sektor hiasan rumah.

Bakal dibuka pada akhir 2017, IKEA Tebrau akan membuat  pameran pekerjaan selama  tiga hari 5-7 Mei 2017, jam 9 pagi – 5 petang,  di KSL Hotel & Resort, 33 Jalan Seladang, Taman Abad, Johor Bahru. Menawarkan lebih 200 peluang pekerjaan dan  tambahan lebih daripada 50 jawatan pengurusan yang telah diisi dalam fasa pertama pengambilannya  tahun lepas.

 

Pelbagai pekerjaan yang ditawarkan termasuk jawatan tetap bagi Pembantu  Makanan & Minuman, Pembantu Jualan,  Pembantu Perhubungan Pelanggan, Pembantu Gudang / Pemandu Forklift dan Pembantu Recovery.




Calon-calon yang telah dipilih akan berpeluang untuk menjalani latihan dua bulan di IKEA Damansara atau IKEA Cheras.

 

IKEA juga menyediakan pelbagai kemudahan dan ganjaran termasuk insentif kontrak, faedah perubatan dan perlindungan insurans, diskaun pekerja, makanan subsidi, empat bulan bersalin, hadiah bermusim dan banyak lagi .

 

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan  di IKEA Tebrau, sila layari: IKEA.my/jobs

(Visited 735 times, 1 visits today)
Please follow and like us:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.