PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

Water Regulation Plant Di Pasir Gudang @KhaledNordin

Water Regulation Plant Di Pasir Gudang @KhaledNordin

 

JOHOR BAHRU, 2 MEI – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata pencemaran sungai ini juga tidak tertumpu kepada pembuangan sampah ke dalam sungai tetapi mungkin kerana loji kumbahan yang ada sudah terlalu lama.

 

“Mungkin loji yang ada tidak dapat memproses dengan baik memandangkan loji berkenaan sudah terlalu lama.

 

“Dalam konteks ini, saya amat yakin dan mengalu-alukan apa-apa usaha yang Kerajaan Pusat ingin menguji dan menaik taraf loji yang ada khususnya di wilayah Iskandar dan tumpuan juga harus diberikan di kawasan Pasir Gudang,” beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menghadiri Program Sungaiku Hartaku, kelmarin.

Beliau juga berkata usaha ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan pencemaran malah dapat meningkatkan bekalan air di kawasan tersebut.

 

Atas usaha itu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Johor bagi memperincikan pembinaan loji kumbahan bersepadu baharu dengan dinamakan Water Regulation Plant.

 

 

Ketika ini, terdapat 158 loji kumbahan di kawasan Pasir Gudang dan Tebrau dan loji kumbahan sedia ada sudah berusia antara 30 hingga 40 tahun yang mana pembersihan dilakukan tidak memberikan hasil yang dikehendaki.

 

Selepas loji kumbahan bersepadu itu siap, ia dijangka dapat membekalkan air kepada kira-kira 1.5 juta penduduk serta 260 juta liter sehari khususnya untuk kegunaan industri.

(Visited 25 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66