Perbincangan Industri Robotik Kini Dalam Peringkat Akhir – @KhaledNordin

Perbincangan Industri Robotik Kini Dalam Peringkat Akhir – @KhaledNordin

PASIR GUDANG, 2 MEI – Nilai pelaburan RM15 bilion bakal digunakan untuk meneroka industri robotik yang dijadualkan kerja-kerja pembangunannya bermula tahun ini.

Ia akan dibangunkan Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama sebuah syarikat sistem robotik dari China merupakan yang pertama di Malaysia dan rantau ASEAN.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perbincangan berkaitan industri tersebut kini dalam peringkat akhir untuk dibentangkan dan dua kawasan sudah dikenal pasti.

“Kawasan pembangunan industri robotik ini adalah di Sedenak di Iskandar Malaysia melibatkan pembinaan kilang dan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta jualan.

“Dijangka lebih 1,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan kelak apabila beroperasi,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Anugerah Kecemerlangan 2017 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang.

Pada 14 April lalu, anak syarikat kerajaan Johor itu memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Beijing Huize Boyuan Robot Investment Company Limited China (Boyuan) di Shanghai, China bagi membangunkan projek berkenaan.

Mohamed Khaled berkata, sejajar perkembangan itu, Johor perlu menggerakkan modal insan yang bukan sahaja berilmu tetapi berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan dalam bidang tersebut pada masa akan datang.

“Kalau di negara maju seperti Singapura nisbah modal insan mereka ialah melahirkan empat akademik dan enam dalam bidang kemahiran berbanding negara kita tujuh akademik dan tiga dalam bidang kemahiran,” katanya.

(Visited 31 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com