Kertas Kerja Tubuhkan Jawatankuasa Pemandu Ekonomi Masa Hadapan Sedang Disiapkan @KhaledNordin

Kertas Kerja Tubuhkan Jawatankuasa Pemandu Ekonomi Masa Hadapan Sedang Disiapkan @KhaledNordin

JOHOR BAHRU, 2 MEI – Kerajaan Negeri Johor kini di peringkat akhir menyiapkan kertas penubuhan Jawatankuasa Pemandu Ekonomi Masa Hadapan sebagai persediaan berdepan gelombang ekonomi masa hadapan.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan negeri kini di peringkat akhir mengenal pasti nama dan pakar ekonomi dalam dan luar negara bagi menganggotai jawatankuasa itu.

Katanya, seramai 13 pakar ekonomi dan ahli akademi akan menyertai perbincangan bersama semua EXCO sebelum penubuhan jawatankuasa itu dilakukan.

“Kita mesti mencari jalan persediaan yang sewajarnya bagi berhadapan dengan gelombang ekonomi digital serta sektor ekonomi masa hadapan.

“Berhubung dengan perkara ini, saya suka untuk maklumkan bahawa kita sedang di peringkat akhir menyiapkan kertas penubuhan Jawatankuasa Pemandu Ekonomi Masa Hadapan,” katanya demikian pada sidang media selepas menghadiri program Pemukiman Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, EXCO Awayday 2017 di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, penubuhan jawatankuasa pemikir ekonomi itu adalah satu daripada empat fokus utama kerajaan yang akan dilaksanakan tahun ini.

“Pertama adalah bagi memastikan pelaksanaan lancar semua titik sentuhan Bajet Johor 2017 serta tahun sebelumnya yang masih dalam peringkat perlaksanaan. Ini semua sudah dijadikan KPI kepada EXCO, Ketua Jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Kedua, kita mesti berusaha menjayakan Pelan Pertumbuhan Strategik Johor (PPSJ) serta Pelan Pertumbuhan Daerah supaya semua daerah di Johor dibangunkan mengikut perancangan dan keperluan masing-masing,” tambahnya lagi.

(Visited 34 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com