JDT Tandatangani Ikrar Bebas Rasuah -@OfficialJohor @SPRMMalaysia

JDT Tandatangani Ikrar Bebas Rasuah -@OfficialJohor @SPRMMalaysia

 

JOHOR BAHRU, 2 MEI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikut jejak yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kelmarin.

 

Seramai 41 pemain dan pegawai kelab bola sepak Harimau Selatan menandatangani IBR selain menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan sukan bola sepak tanah air bebas rasuah dan salah guna kuasa.

 

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim berkata, usaha yang dilakukan ini bagi menunjukkan kredibiliti kelab JDT menolak aktiviti rasuah.

 

“Kerjasama dengan SPRM ini adalah bagi memenuhi hasrat Pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya kelab mempunyai integriti yang tinggi dan bebas daripada gejala rasuah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

Acara menandatangani itu disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil dan Naib Presiden I PBNJ, Datuk Zulkurnain Kamisan serta Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias.

 

Pada majlis tersebut, Safiq Rahim mengetuai upacara melafaz dan menandatangani IBR yang turut disertai pemain serta pegawai yang lain.

 

Dalam pada itu, Shamshun Baharin berkata, usaha yang dilakukan JDT bersama SPRM itu secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya isu-isu rasuah dan mengatur perlawanan dalam arena bola sepak tanah air.

 

“Saya juga berterima kasih kepada Tunku Ismail yang mengorak langkah memerangi rasuah dalam arena bola sepak membabitkan JDT dan seterusnya melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” katanya.

(Visited 22 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest