‘EXCO Awayday’ Kemuncak Kepada Agenda Kepimpinan Berprestasi Kerajaan Negeri @KhaledNordin

‘EXCO Awayday’ Kemuncak Kepada Agenda Kepimpinan Berprestasi Kerajaan Negeri @KhaledNordin

 

JOHOR BAHRU, 2 MEI – Pemukiman Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau ‘EXCO Awayday’ diadakan hari ini, ianya merupakan kemuncak kepada Agenda Kepimpinan Berprestasi Kerajaan Negeri.
Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, segala pencapaian dan laporan yang dibentangkan hari ini, adalah rumusan dan kompilasi pencapaian semua Pengerusi Jawatankuasa Negeri atau EXCO, mengikut KPI masing-masing bagi tahun 2016.
Acara pada hari ini mensasarkan dua matlamat penting iaitu, satu platform umum kepada setiap EXCO untuk berkongsi sambil membentangkan pencapaian tahunan portfolio masing-masing dan keduanya ialah sesi memantapkan sinergi, kebersamaan serta kerjasama antara Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, para pelaksana, penjawat-penjawat awam dari agensi negeri mahupun persekutuan serta Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri.

“Selari dengan dasar inklusif kerajaan negeri, serta peralihan kita untuk menjadi sebuah kerajaan digital, program EXCO Awayday ini turut disiarkan secara langsung melalui ‘FB live’ di akaun media sosial Facebook saya,” katanya pada ucapan Pemukiman Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau ‘EXCO Awayday’ hari ini.

(Visited 27 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest