PERUTUSAN HARI PEKERJA – @KHALEDNORDIN

PERUTUSAN HARI PEKERJA
oleh
YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI BESAR JOHOR

1. Penghargaan serta pengiktirafan kepada golongan pekerja tidak seharusnya terhad kepada pemberian gaji, insentif dan imbuhan yang setimpal, mahupun perlindungan sosial dan hak perundangan yang baik. Tetapi turut hadir dalam bentuk tidak langsung yang lebih simbolik seperti pengisytiharan Hari Pekerja.

2. Ia bukan sahaja memberikan motivasi dan makna yang besar. Malah menzahirkan rasa penghormatan yang selayaknya kepada golongan pekerja.

3. Golongan pekerja adalah mereka yang bertanggungjawab membangunkan Johor. Tidak kiralah dari sektor mana sekalipun mereka bertugas.

4. Dan Johor adalah negeri yang amat memandang serius perkara ini. Kita mahu segenap masyarakat kita berkongsi pandangan yang sama.

5. Namun, perubahan zaman dan konteks semasa menyebabkan fungsi pekerja bukan lagi sekadar melakukan tugas hakiki. Para pekerja hari ini diseru untuk bersama-sama mengambil ruang dan peluang bagi melakukan inovasi, berkongsi pendapat serta menjana idea ke arah penambahbaikan sektor pekerjaan. Ia selari dengan tema kita pada tahun ini, Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi.

6. Justeru, 1 Mei harus dilihat sebagai tarikh penting kepada fungsi dan peranan pekerja dalam pembangunan bangsa dan negara.

7. Marilah kita menjadikan hari ini sebagai kesempatan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan rakyat kepada seluruh warga pekerja di setiap sektor yang menjadi denyut dan nadi kepada pembangunan Johor dan kemajuan Malaysia.

8. Segala komitmen serta dedikasi yang tidak mengenal erti penat dan lelah selama ini merupakan katalis yang saling melengkapi setiap agenda pembangunan negara.

9. Setiap warga pekerja adalah sebahagian dari Team Johor. Dan setiap daripada Team Johor adalah berharga dan bermakna.

SELAMAT HARI PEKERJA

(Visited 52 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66