Malaysia Perketatkan Kawalan Perairan Timur Sabah – @HishammuddinH2O

Malaysia Perketatkan Kawalan Perairan Timur Sabah – [email protected]

KLUANG, 30 APRIL – Malaysia memperketatkan kawalan di kawasan perairan timur Sabah serta sempadan negara berikutan kematian pemimpin militan Abu Sayyaf paling dikehendaki, Al Habsi Misaya, yang terbunuh Jumaat lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata langkah itu penting bagi mengelakkan anggota militan berkenaan melarikan diri ke Malaysia. Ianya berikutan tekanan serta operasi pasukan keselamatan Filipina yang semakin agresif mengesan saki-baki kumpulan militan berkenaan di Kepulauan Jolo.

“Malaysia akan mengetatkan lagi kawalan di perairan dan sempadan negara bagi mengelakkan saki baki anggota militan berkenaan yang semakin tertekan melarikan diri dan memasuki sempadan negara,” katanya pada sidang media selepas menutup Program Ziarah Kasih Sayang: Jururawat Pelatih Masuk Kampung di Rumah Komuniti Parlimen Sembrong, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Al Habshi dilaporkan terbunuh dalam pertempuran senjata dengan pasukan tentera laut Filipina kira-kira jam 9.30 malam Jumaat lalu, yang mempertingkatkan operasi mengesan pemimpin serta anggota militan Abu Sayyaf.

Al Habsi adalah satu daripada empat komander Abu Sayyaf yang mengarahkan aktiviti penculikan besar-besaran di Sabah dan sempadan laut selatan Filipina.

(Visited 4 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This