Kiai Salleh Pejuang Melayu

Kiai Salleh Pejuang Melayu

Peristiwa 13 Mei 1969 masih segar diingatan setiap rakyat Malaysia walaupun ianya telah berlaku lebih kurang 48 tahun yang lalu. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa rusuhan kaum yang terbesar pernah berlaku di Malaysia dan telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di dalam negara.

Ianya telah berlaku pada tanggal 13 Mei 1969 dan telah melibatkan dua kaum majoriti di negara ini iaitu kaum Melayu dan Cina. Peristiwa yang sungguh menyayat hati ini telah mengorbankan banyak nyawa serta melibatkan banyak kemusnahan harta benda.

Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau “Kiai Salleh” atau “Panglima Salleh Selempang Merah” Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar,Pontian, Johor pada tahun 1916.

Beliau merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis dan beliau lah yang membela nasib orang-orang Melayu terutamanya ketika tragedi 13 Mei 1969. Walaupun kini darah orang-orang Melayu yang tumpah di bumi bertuah ini telah pun kering, namun jasa Kiyai Salleh tetap diingati dan disanjung.

Ikuti temubual anak ke 3 pahlawan Melayu itu, Abdul Samad Bin Salleh mengenai pejuangan bapanya.

(Visited 47 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest