Kapal Chuan Hong 68 Ditahan – @MaritimMalaysia

Kapal Chuan Hong 68 Ditahan – @MaritimMalaysia

 

KOTA TINGGI , 30 APRIL  –  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili telah menahan sebuah kapal korek di kedudukan lebih kurang 2.4 batu nautika Tenggara Tanjung Stapa petang kelmarin.

 

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kepten Maritim Hj. Amran bin Hj. Daud berkata, pihaknya menahan Kapal CHUAN HONG 68 pada jam 12.15 tengahari dan awal pemeriksaan mendapati Kapal tersebut berdaftar di Fuzhou, China.

 

“Kapal itu didapati tidak melaporkan ketibaan dan tidak mendapat kebenaran bersauh dari Jabatan Laut Malaysia dan jika didapati bersalah, pemilik kapal berkenaan boleh didakwa mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952,”katanya dalam  satu kenyataan.

 

Kapal tersebut sebelum ini telah ditahan oleh pihak Penguasa Indonesia pada 20 April lalu namun telah melarikan diri semasa dalam perjalanan menuju ke Posal Letung, Lanal Tarempa Kepulauan Riau.

 

“Kita menerima laporan daripada Ibu Pejabat Pusat Operasi Maritim Malaysia (POMAR) mengenai kemungkinan kapal yang lari itu memasuki perairan Malaysia. Kita bertindak membuat rondaan rutin dan telah menemui kapal itu menepati ciri kapal yang melarikan diri daripada pihak Penguasa Indonesia,” tambahnya lagi.

 

Tujuh krew termasuk Kapten Kapal daripada kapal tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan selanjutnya.

(Visited 121 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66