Jangan Peduli Provokasi Luar – #TMJ @OfficialJohor

Jangan Peduli Provokasi Luar –  #TMJ @OfficialJohor

 

JOHOR BAHRU, 30 APRIL – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah memuat naik satu kenyataan mengenai sesetengah pihak yang cuba melagakan rakyat Johor dan baginda bertitah agar rakyat Johor tidak mempedulikan segala provokasi  luar.

 

“Adalah lebih baik untuk berseorangan dari di kelilingi orang yang salah. Musuh yang diketahui adalah lebih baik dari kawan yang palsu.

 

“Saya tahu terdapat ramai individu yang berkuasa atau sesetengah parti politik yang kurang senang dengan Muafakat negeri Johor. Terdapat beberapa pihak yang cuba hendak melagakan rakyat Johor. Contohnya seperti laman sukan bola sepak dan laman sosial umum yang lain menggunakan nama Johor telah di uruskan bukan dari orang Johor,” baginda berkata dalam satu kenyataan hari ini.

 

Baginda juga telah dimaklumkan bahawa terdapat banyak ‘fake account’ yang sengaja diada-adakan dan digunapakai untuk memecahbelahkan perpaduan antara satu sama lain, ianya  di panggil parti politik ‘cyber troopers’.

 

“Tidak semua orang senang melihat rakyat Johor bersatu dan rapat dengan Keluarga DiRaja Johor. Jadi nasihat saya kepada rakyat Johor, jangan tergigit umpan,” titah baginda lagi.

(Visited 10 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest