EXCO Kerajaan Negeri Bentang KPI Masing-Masing

EXCO Kerajaan Negeri Bentang KPI Masing-Masing
ISKANDAR PUTERI, 30 APRIL – Buat tahun ketiga, Kerajaan Negeri akan mengadakan Pemukiman Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau dipanggil EXCO Awayday di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor Bahru pada 2 Mei 2017.

Acara tahunan kerajaan negeri ini diadakan sejak YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor memperkenalkan Agenda Kepimpinan Berprestasi pada tahun 2013.

Teras utama Agenda ini adalah memastikan bahawa setiap Pengerusi Jawatankuasa Negeri (EXCO) mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing dan melaporkannya kepada Menteri Besar setiap suku tahun.

Kesemua EXCO negeri Johor kini telah dipantau sebanyak 12 suku tahun sejak ia mula dilaksanakan dan memasuki tahun keempatnya, Kerajaan Negeri Johor kini telah berjaya mengembangkan penetapan dan pemantauan KPI tahunan ini kepada ketua-ketua Jabatan, Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri.

Mohamed Khaled dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menyatakan bahawa EXCO Awayday kali ini, yang akan dipengerusikan oleh beliau sendiri, dijangka akan dihadiri seramai 600 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai jabatan negeri dan persekutuan disamping Badan Berkanun dan GLC negeri.

Majlis itu akan dipenuhi dengan pelbagai maklumat pencapaian dan kemajuan inisiatif-inisiatif pro-rakyat kerajaan negeri.

Ia akan dimulakan dengan ucaptama oleh Menteri Besar Johor dan disusuli pembentangan oleh kesemua 9 orang YB EXCO berkaitan pencapaian portfolio masing-masing sehingga Disember 2016.

Orang awam boleh mengikuti majlis ini secara langsung melalui akaun media sosial Facebook Menteri Besar Johor (Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Nordin) dan saluran radio Johor FM di frekuensi 101.9FM.

(Visited 79 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com