Bincang Mekanisme Pendaftaran Sekolah Tahfiz – @MahdzirKhalid

Bincang Mekanisme Pendaftaran Sekolah Tahfiz – @MahdzirKhalid

KUALA LUMPUR, 30 APRIL – Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perdana Menteri akan membincangkan mengenai mekanisme pendaftaran sekolah tahfiz selepas cuti umum hari pekerja, Isnin ini.

Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan berkata beliau akan menemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, untuk membincangkan beberapa perkara termasuk terma pendaftaran bagi sekolah tahfiz.

“Kita akan membuat perbincangan secara terperinci berhubung mekanisme dan terma pendaftaran sekolah itu dan yakin ia dapat dimuktamadkan, dalam tempoh terdekat.

“Kerajaan juga tidak bercadang menutup sekolah tahfiz seperti dicadangkan pihak tertentu dan itu tak akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Sebelum ini beliau mengumumkan sekolah aliran agama persendirian termasuk madrasah tahfiz akan didaftar di bawah Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dalam masa terdekat.

Langkah itu sejajar program Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tahun lalu.

(Visited 8 times, 2 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This