Ribut Berterusan

Ribut Berterusan

 

KUALA LUMPUR, 30 APRIL – Ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat dan Kuching, Sarawak dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

 

Bagi perkapalan, ribut petir di perairan Selat Melaka Selatan dan Kuching juga dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini yang boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj.

(Visited 15 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66