Tempoh Reman Pembantu Warden Dilanjutkan – @PolisJohor @PDRMsia

Tempoh Reman Pembantu Warden Dilanjutkan – @PolisJohor @PDRMsia

JOHOR BAHRU 29 APRIL – Pembantu warden sebuah pusat tahfiz di Kota Tinggi yang ditahan untuk membantu siasatan kematian seorang pelajar tahfiz, disambung reman bermula kelmarin sehingga 3 Mei ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan malam ini memberitahu, reman selama tujuh hari itu bagi membolehkan lelaki berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif Amin yang bertukar lebam kehitaman terpaksa dipotong hingga paras betis setelah dijangkiti kuman dan darah beku.

Ibu kepada pelajar terbabit, Felda Wani Ahmad, 40, mendakwa anaknya itu dipukul beberapa kali dengan paip getah oleh pembantu warden berkenaan.

Susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa di Balai Polis Ulu Tiram pada 18 April lalu, polis menahan lelaki berusia 29 tahun itu di Kota Tinggi Sabtu lalu bagi membantu siasatan.

(Visited 5 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This