Sedia Hadapi #PRU14 – @KhaledNordin

Sedia Hadapi #PRU14 – @KhaledNordin

 

PASIR GUDANG, 29 APRIL – Menteri Besar Johor , Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya tidak bimbang dengan isu yang dibawa oleh pembangkang kerana usaha sedemikian tidak akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap UMNO.

 

UMNO Johor bersedia berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) walaupun pembangkang sedang berusaha menimbulkan pelbagai persepsi buruk terhadap kerajaan negeri.

 

“Pembangkang sekarang ini membawa pelbagai isu sekadar mahu timbulkan persepsi negatif dan kebencian terhadap kerajaan negeri.

 

“Apa yang mereka timbulkan semua itu tidak benar, kerana kita mempunyai rekod pencapaian cemerlang dan pelan pembangunan yang baik, malah rakyat sendiri tahu perkara ini,” katanya demikian semasa sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Kali Ke-32 dan Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, hari ini.

 

Mohamed Khaled juga berkata, kerajaan negeri juga mempunyai perancangan tersendiri untuk membangunkan Johor dan perkara itu juga terbukti selama ini betapa majunya negeri ini.

(Visited 2 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest