Kos Tuisyen Pelajar SPM Pasir Gudang Ditanggung Jika Dapat 4A #eLearning – @KhaledNordin

Kos Tuisyen Pelajar SPM Pasir Gudang Ditanggung Jika Dapat 4A #eLearning – @KhaledNordin

PASIR GUDANG, 29 APRIL – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengikuti tuisyen di atas talian di bawah Program Pembelajaran e-Learning Johor dalam kawasan parlimen di sini, akan ditanggung kos pembelajaran mereka, jika berjaya mendapat A dalam empat subjek yang diambil.

Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pasir Gudang menyediakan 1,400 peluang daripada 5,400 tempat di seluruh negeri kepada pelajar di Pasir Gudang.

“Jika siapa yang berjaya mendapat 4A dalam empat subjek ini, saya akan membayar kejayaan mereka,” katanya demikian semasa sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Kali Ke-32 dan Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, hari ini.

Adun Permas itu telah melancarkan Program Pembelajaran e-Learning Johor serendah RM11.60 untuk pelajar SPM, yang akan bermula pada bulan depan.

(Visited 43 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com