Ahli Kumpulan Aplikasi Pesanan Juga Boleh Disiasat Jika Sebar Maklumat Tidak Sahih – @SKMM_MCMC

Ahli Kumpulan Aplikasi Pesanan Juga Boleh Disiasat Jika Sebar Maklumat Tidak Sahih – @SKMM_MCMC

 

CYBERJAYA, 29 APRIL –  Siasatan akan dijalankan sekiranya terdapat aduan terhadap kandungan yang disebarkan dalam mana-mana kumpulan aplikasi pesanan seperti WhatsApp, WeChat, Viber dan Telegram, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

 

SKMM dalam kenyataan berkata, perbualan dalam mana-mana kumpulan adalah bersifat persendirian, namun adalah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi itu bagi membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan dan cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

 

“Jika pentadbir atau mana-mana anggota kumpulan didapati menyebarkan maklumat palsu, maka tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka,” kata kenyataan itu, semalam.

 

Penyebaran maklumat palsu adalah kesalahan di bawah undang-undang Malaysia termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, katanya.

 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari sebelum ini dilaporkan berkata pentadbir kumpulan WhatsApp akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal mengawal anggotanya daripada menyebarkan maklumat palsu.

 

Menurut SKMM, berdasarkan fakta, bukti dan perlakuan, seorang pentadbir aplikasi mungkin dipertanggungjawabkan dalam beberapa keadaan.

 

Antaranya apabila pentadbir sendiri membuat komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233 AKM 1998, katanya.

SKMM berkata ia akan mempertimbangkan keperluan mengadakan garis panduan penggunaan aplikasi pesanan.

 

(Visited 12 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66