13 Remaja Ditahan Ubah Suai Basikal – @PolisJohor @PDRMsia

13 Remaja Ditahan Ubah Suai Basikal – @PolisJohor @PDRMsia

 

JOHOR BAHRU, 29 APRIL – Pihak polis menahan 13 remaja dan menyita 15 basikal Jempol dalam serbuan di Jalan Denai 44, Taman Bukit Jaya, 4.40 petang semalam.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan M Kumar berkata, polis menjalankan siasatan di lokasi dan menemui sekumpulan kanak-kanak dan remaja berusia 11 hingga 15 tahun berlumba basikal lajak di kawasan berbukit itu setelah mendapat meklumat dari orang ramai

 

“Kami dapati 15 basikal yang digunakan semuanya diubah suai dengan tidak mempunyai brek dan membahayakan penungang serta pengguna jalan raya lain.

 

“Kami telah menyita semua basikal dan menahan remaja berkenaan mengikut Seksyen 112 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut dijalankan mengikut peraturan 42(1)(a) LN 166/59 kaedah-kaedah lalulintas 1959 kerana mengubahsuai basikal (tiada brek dan loceng),” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Pihak polis juga  mengeluarkan saman mengikut peraturan sama dimana jika sabit kesalahan seseorang itu boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum 6 bulan.

(Visited 348 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66