Skim Baru Untuk Pembeli Kediaman #PR1MA

Skim Baru Untuk Pembeli Kediaman #PR1MA

KUALA LUMPUR, 26 APRIL – Pembeli kediaman PR1MA kini boleh mula memohon skim pembiayaan akhir istimewa, Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF), yang dilancarkan Februari lalu.

Mereka yang berminat boleh memohon melalui rakan perbankan PR1MA, iaitu Maybank, CIMB, RHB dan AmBank. Skim itu adalah usaha sama Bank Negara Malaysia (BNM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan beberapa rakan institusi kewangan khusus untuk pembeli kediaman PR1MA.

Skim itu direka khas untuk meningkatkan peluang mendapatkan pembiayaan perumahan terutama pembeli rumah kali pertama, dengan memberi akses kepada jumlah pinjaman yang lebih besar berbanding pinjaman konvensional.

Terdapat dua pilihan SPEF, iaitu pembiayaan berperingkat atau pembiayaan berperingkat dengan pengeluaran Akaun 2 KWSP.

Untuk kedua-dua pilihan, peminjam hanya perlu membayar faedah pada tempoh lima tahun pertama, manakala pembayaran pokok hanya bermula pada tahun keenam sehingga pinjaman selesai.

Jika pembeli mahu mendapatkan jumlah pinjaman lebih besar, mereka boleh mengambil pilihan kedua dan Akaun 2 KWSP akan digunakan. Skim itu tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Kelayakan adalah berdasarkan profil risiko dan penilaian kredit peminjam oleh bank terbabit.

(Visited 9 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This