Remaja Lelaki Maut Dilanggar Kereta – @PolisJohor @PDRMsia

Remaja Lelaki Maut Dilanggar Kereta – @PolisJohor @PDRMsia

JOHOR BAHRU, 26 APRIL – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan kereta di Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa Muhammad Haziq Ismail, 18, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Proton Exora, yang dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gelang Patah, secara tiba-tiba mengubah laluan dari lorong kiri ke kanan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, berkata pemandu kereta terbabit tiba-tiba mengubah laluan tanpa mengambil kira motosikal yang ditunggang mangsa dari arah belakang.

“Pemandu terbabit hanya mengalami luka kecil di bahagian muka,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Noor Hashim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

(Visited 41 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66