Polis Masih Menunggu Laporan Perubatan Dan Bedah Siasat Mohamad Thaqif – @PolisJohor @PDRMsia

Polis Masih Menunggu Laporan Perubatan Dan Bedah Siasat Mohamad Thaqif – @PolisJohor @PDRMsia

 

JOHOR BAHRU, 26 APRIL – Polis menunggu laporan bedah siasat dan perubatan bagi menentukan langkah lanjut berikutan kematian pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, petang ini.
Ketua Polis Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, berkata sehingga ini siasatan masih dilakukan dibawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

 

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu meninggal dunia jam 2.05 petang tadi ketika mendapatkan rawatan di HIS.

 

Rahmat berkata polis juga akan mendapatkan laporan perubatan dari doktor pakar yang merawat Mohamad Thaqif Amin.

 

“Tempoh reman seorang pembantu madrasah tahfiz yang ditahan bagi membantu siasatan kes pukul murid berkenaan menggunakan paip getah turut dilanjutkan tiga hari bermula hari ini.

 

“Kita perlu mendapatkan kedua-dua laporan terbabit bagi mengetahui punca sebenar kematian sebelum polis bertindak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

(Visited 90 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com