Penjara 3 Bulan Ceroboh Istana – @PolisJohor @PDRMsia

Penjara 3 Bulan Ceroboh Istana – @PolisJohor @PDRMsia

JOHOR BAHRU, 26 APRIL – Seorang lelaki mengaku bersalah apabila menceroboh kawasan Istana Bukit Serene, minggu lalu, dan Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadapnya.

Tertuduh, Rosman Jasman, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Noor Aisyah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menceroboh masuk kawasan istana berkenaan tanpa kebenaran kira-kira jam 7.25 malam, pada 17 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Mahkamah kemudian menetapkan hukuman penjara itu bermula dari tertuduh ditahan pada 17 April lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

(Visited 18 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest