Pelajar Madrasah Kota Tinggi Meninggal Dunia

Pelajar Madrasah Kota Tinggi Meninggal Dunia

 

JOHOR BAHRU, 26 APRIL – Seorang pelajar tahfiz yang didakwa disebat  oleh seorang pembantu warden di sebuah madrasah di Kota Tinggi telah meninggal dunia.

 

Bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, mengesahkan bahawa anak lelakinya itu  meninggal dunia  kira-kira pukul 2 petang di Hospital Sultan Ismail (HSI).

 

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 tahun, dikatakan akan menjalani pembedahan lengan kanannya hari ini.

 

Walau bagaimanapun, prosedur terpaksa dibatalkan kerana keadaan kanak-kanak itu tidak stabil.

 

Jumaat lalu, kedua-dua kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong sejak dimasukkan ke HSI dua minggu lalu kerana terdapat darah beku selepas didakwa disebat oleh seorang pembantu warden madrasah tahfiz di Kota Tinggi itu.

Jenazah kini masih berada di HSI dan dijangka dibawa pulang ke kediaman ibu bapanya di Ulu Tiram.

(Visited 95 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com