Media Diharap Beri Pandangan Berguna – @DrAliHamsa

Media Diharap Beri Pandangan Berguna – @DrAliHamsa

PUTRAJAYA, 26 APRIL – Kerajaan sentiasa memerlukan media untuk memberikan pandangan yang konstruktif, sekali gus menambah baik mutu perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata media memainkan peranan yang sangat penting, yang bukan hanya memaklumkan perkembangan terbaharu, tetapi memberitahu contoh serta amalan terbaik dari seluruh dunia.

“Ada masa media memuji kita (kerajaan) dan ada masa memberi teguran. Kita pun bukan selalu mengharapkan pujian kerana nanti kita leka.

“Kita perlukan seseorang untuk memerhatikan kita tapi kritikan itu mestilah membina dan bukan secara mendadak tanpa menghormati seseorang,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Media 2017 malam semalam.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman; pengurusan tertinggi Jabatan Perdana Menteri dan kementerian, serta pengamal media di Putrajaya.

Selain itu, Ali turut meminta media supaya menyeimbangkan antara berita yang sensasi dan berita bermaklumat, contohnya pencapaian negara dalam pelbagai bidang.

“Kita juga mahukan input yang mampu meningkatkan lagi integriti penjawat awam, contohnya dari segi pencegahan dalam penyalahgunaan (kuasa) dan perolehan,” katanya.

(Visited 30 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66