Kerajaan Negeri Dukacita Atas Pemergian Mohd Thaqif – @AyubBinRahmat

Kerajaan Negeri Dukacita Atas Pemergian Mohd Thaqif   – @AyubBinRahmat

 

JOHOR BAHRU, 26 APRIL – Pelajar tahfiz, Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang mana kedua belah kakinya dipotong akibat jangkitan kuman, meninggal dunia sebentar tadi pada jam 2.05 petang tadi.

 

Jenazah akan dibawa pulang ke rumah selepas semua urusan di HSI selesai.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan negeri, Datuk Haji Ayub Bin Rahmat berkata, kerajaan Negeri melalui MAIJ juga telah memberikan sumbangan Kerajaan bagi membantu keluarga menghadapi detik sukar ini.

 

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh Bangsa Johor berdukacita atas pemergian ‘imam cilik’ ini. Takziah kepada ibu bapa dan keluarga.

 

“Hasrat dan impiannya menjadikan Al Quran sebagai budaya hidup seharian amatlah terpuji dan sama samalah kita berdoa semoga Allah menempatkanNya dalam kalangan insan yang bertaqwa dan beriman,” beliau berkata dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

 

(Visited 39 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest