4 Pemain Liga Super Digantung – @FAM_Malaysia

4 Pemain Liga Super Digantung – @FAM_Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 APRIL – Empat pemain Liga Super digantung satu perlawanan dan dikenakan denda RM3,000 oleh FAM atas kesalahan melakukan terjahan keras.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, berkata empat pemain terbabit didapati bersalah atas kesalahan melakukan terjahan dan keputusan dibuat mengikut peruntukan dalam Artikel 81 badan induk itu.

Katanya, pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Afiq Fazail yang melakukan kesalahan itu ketika aksi suku akhir kedua Piala FA bertemu Pahang, Ahad lalu bakal terlepas aksi Liga Super bertemu Melaka, 6 Mei ini.

FAM turut memberi amaran keras kepada seorang lagi pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor disebabkan tingkah laku tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan pemain Pahang sebaik tamat perlawanan suku akhir kedua Piala FA.
“Nasib sama turut menimpa pemain Pahang, Mohamadou Sumareh dengan dia bakal terlepas aksi separuh akhir pertama Piala FA bertemu Negeri Sembilan 30 April ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook FAM.

Baljit berkata, pertahanan Kedah, Mohd Rizal Ghazali yang sudah digantung automatik akibat menerima kad merah pada aksi bertemu T-Team, 15 April lalu dikenakan tambahan penggantungan satu perlawanan lagi.

“Dia akan menjalani penggantungan automatik lawan Perak malam esok dan dia juga tidak boleh beraksi ketika Kedah menentang PKNS FC pada 9 Mei,” katanya.

Katanya, jawatankuasa itu turut memutuskan pemain T-Team, Mohd Fakhrurazi Musa digantung dua perlawanan bermula menentang Selangor malam esok dan Perak (6 Mei) akibat mengumpul tiga kad kuning.

(Visited 25 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest