Permaisuri Johor Ziarah Mohamad Thaqif – @ZarithSofiahIdris

Permaisuri Johor Ziarah Mohamad Thaqif – @ZarithSofiahIdris

 

JOHOR BAHRU 25 APRIL – Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Darul Ta’zim Tuanku Zarith Sofiah berkenan melawat pelajar madrasah tahfiz yang dipotong kedua-dua belah kakinya Jumaat lalu di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini sebentar tadi.

 

Permaisuri Johor tiba pukul 12 tengah hari dan meluangkan masa kira-kira setengah jam melihat keadaaan Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gadda, 11, yang masih tidak sedarkan diri.

 

Raja Zarith Sofiah diiringi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat; Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Bahagian Perubatan), Dr. Izam Suleiman dan Pengarah HSI, Dr. Azizah Riduan.

 

Mohamad Thaqif Amin dipotong kedua-dua kakinya di HSI Jumaat lalu selepas kakinya mengalami kerosakan saraf dan jangkitan bakteria didakwa dipukul pembantu warden madrasah itu.

 

Anak ketiga daripada lima beradik itu belajar di madrasah yang beroperasi di Kota Tinggi itu pada 27 Januari lalu sebelum keluarganya membawanya pulang 31 Mac lalu.

 

(Visited 69 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66