FAM Bakal Umum Jurulatih Baru Dalam Masa Terdekat – @FAM_Malaysia

FAM Bakal Umum Jurulatih Baru Dalam Masa Terdekat – @FAM_Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 APRIL – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka akan mengumumkan jurulatih baharu skuad Harimau Malaya dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata presiden badan induk itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sedang mengadakan perbincangan, namun masih merahsiakan identiti calon terbabit.

“Kemungkinan beliau akan umumkan dalam masa terdekat.

“Ada beberapa calon, saya tidak boleh maklumkan nanti timbul banyak spekulasi dan akan merosakkan semua (rundingan),” katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), di sini, hari ini.

Mengulas mengenai perkembangan Tan Cheng Hoe, yang bakal dilantik sebagai penolong jurulatih pula, Hamidin menjelaskan, ia juga dalam perbincangan terakhir.

“Saya sudah berbincang dengan Datuk Jeffrey Low Han Chow (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah), semalam.

“Ada beberapa perkara yang kita perlu selesaikan dan harap boleh umumkan dalam masa terdekat,” katanya.

 

(Visited 28 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest