Darah Beku Di Lengan Kiri Pelajar Tahfiz

Darah Beku Di Lengan Kiri Pelajar Tahfiz

 

JOHOR BAHRU, 25 APRIL – Keadaan pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gadaffie yang menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya Jumaat lalu dan kini doktor mendapati darah beku di lengan kirinya.

Ibu saudara mangsa, Nurul Nabila Ahmad, 30, berkata, doktor turut menjelaskan keadaan Mohamad Thaqif Amin masih belum melepasi tahap kritikal dan kini ditempatkan di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Sultan Ismail (HSI).

Pembedahan tangan kanan mangsa yang dilakukan semalam bagi membuang darah beku menunjukkan hasil positif dan berkemungkinan besar dapat diselamatkan.

“Keluarga diberitahu bahawa tangan kanan Mohamad Thaqif Amin akan dipotong, namun kami tidak bersetuju. Alhamdulillah pembedahan tangan kanan yang dilakukan semalam berjalan lancar dan memberi kesan positif untuk pulih.

“Doktor memberitahu bahawa  keadaan mangsa belum melepasi tahap kritikal dan kini dalam tempoh pemantauan selama 48 jam. Sekiranya keadaan semakin buruk, tangan tersebut terpaksa dipotong,” katanya ketika ditemui semalam.

Nurul Nabila berkata, sejak anak saudaranya yang berusia 11 tahun itu menjalani pembedahan berkenaan, dia masih belum sedarkan diri atau memberi sebarang maklum balas.

“Sebelum ini, kami ingatkan keadaan Mohamad Thaqif Amin semakin stabil sebab melihat keadaan mukanya yang tidak lagi membengkak.

“Kini, doktor pula mengesan darah beku di lengan kirinya dan sudah pun memberikan ubat untuk mencairkan darah tersebut. Mungkin ini ujian buat keluarga dan kami menerima ketentuan tersebut,” katanya.

Dia turut menafikan dakwaan yang mengatakan kanak-kanak itu pernah diberikan ubat tahan sakit bagi kegunaan wanita bersalin dan rawatan tradisional sebelum dirujuk kepada pihak hospital ekoran kecederaan dialami mangsa.

(Visited 13 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This