Cadangan Bawa Peranti Ke Sekolah Perlu Di Kaji Dengan Teliti – @LeeLamThye

Cadangan Bawa Peranti Ke Sekolah Perlu Di Kaji Dengan Teliti – @LeeLamThye

KUALA LUMPUR, 25 APRIL – Garis panduan ketat perlu dibuat seiring cadangan membenarkan pelajar membawa alat peranti seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba ke sekolah.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata garis panduan ini perlu bagi memastikan pelajar tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kerajaan sehingga merosakkan minda mereka.

“Sudah tentu guru akan diberikan tanggungjawab berat ini walaupun kita tahu mereka tidak sepatutnya dibebani dengan satu lagi tugas yang besar. Siapakah pula yang akan bekalkan alat peranti ini kerana tidak semua pelajar mampu.

“Jika pelajar dan ibu bapa memilih sendiri alat peranti, mereka yang mampu akan bawa model mewah dan terkini dan ini menimbulkan rasa rendah diri kepada pelajar tidak berkemampuan. Ia juga boleh mendedahkan kepada kes kecurian dan masalah disiplin lain,” katanya.

Biarpun cadangan ini baik, penggunaannya perlu di kaji secara teliti dengan mengambil kira pandangan guru dan ibu bapa serta pihak berkepentingan lain sebelum keputusan dimuktamadkan.

“Dengan bantuan teknologi maklumat juga para pelajar boleh meningkatkan pemahaman mereka mengenai perkara yang diajar di dalam kelas,” tambahnya.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini menyifatkan cadangan itu selaras dengan penggunaan teknologi tinggi dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan.

(Visited 17 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest