Berguru Dengan Facebook Mudah Terpesong

In this video

Mudah Terpesong Jika Bergurukan Facebook – @AyubBinRahmat

 

JOHOR BAHRU, 25 APRIL – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan negeri, Datuk Haji Ayub Bin Rahmat hari ini memberi penekanan kepada masyarakat yang gemar mencari maklumat dari saluran yang tidak tentu sahirnya.

“Program Jom Baca Bersama ini adalah usaha yang dilakukan untuk memastikan kita dapat membezakan antara buruk dan baik sesuatu perkara itu.

“Apabila ilmu yang ada dalam diri kita dapat kita terap dalam pemikiran, ianya bukan sahaja melengkapkan tahap intelektual kita tetapi dapat kita membezakan mana yang baik dan yang buruk,” beliau berkata semasa berucap di Majlis Perasmian Jom Baca Bersama di Sekolah Kebangsaan Nong Chik, di sini, hari ini.

Beliau juga mengingatkan agar masyarakat tidak mudah percaya akan sesuatu maklumat yang di baca melalui laman sosial seperti Facebook.

“Mereka lebih tertumpu untuk membaca Facebook tanpa memikirkan tahap rasional sesuatu maklumat dan mereka ini lah yang akan mudah terpesong,” tambah beliau.

 

http://www.facebook.com/johortimes.my

(Visited 20 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest