Warden Ditahan Reman 4 Hari – @PolisJohor @PDRMsia

Warden Ditahan Reman 4 Hari – @PolisJohor @PDRMsia

 

KOTA TINGGI,  23 APRIL – Seorang pembantu warden asrama pusat tahfiz  ditahan reman selama empat hari berhubung kes pukul  pelajar tahfiz berusia 11 tahun.

 

Perintah reman bermula hari ini hingga Rabu ini dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin terhadap lelaki berusia 29 tahun terbabit.

 

Lelaki tersebut ditahan pihak polis di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, dekat sini pada pukul 4 petang semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

 

Dalam kejadian berkenaan mangsa dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya.

 

Warden itu juga dipercayai memukul  kira-kira 15 pelajar yang lain pada bahagian kaki kerana membuat bising di surau, tiga minggu lalu.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

(Visited 15 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest