Warden Ditahan Bantu Siasatan Kes Pukul Kaki Pelajar – @polisdaerahkotatinggi

Warden Ditahan Bantu Siasatan Kes Pukul Kaki Pelajar – @polisdaerahkotatinggi

JOHOR BAHRU, 23 April – Seorang warden sebuah madrasah tahfiz di Kota Tinggi ditahan bagi membantu siasatan kes memukul kaki pelajar menggunakan getah paip.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman berkata, warden yang berusia 29 tahun itu ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pihak polis sudah membuka kertas siasatan susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa pada Selasa lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.

Siasatan awal mendapati warden itu telah memukul mangsa serta kira-kira 15 pelajar yang lain pada bahagian kaki kerana membuat bising di surau, tiga minggu lalu.

“Pada ketika itu, mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan hinggalah pada 17 April mangsa memaklumkan dia mengalami sakit dan bengkak pada bahagian kaki dan mereka mendapatkan rawatan di klinik, pengadu (ibu mangsa) meletakkan ais pada kaki anaknya atas nasihat doktor klinik terbabit sebelum bertukar menjadi biru lalu dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini,” katanya semalam.

Rahmat berkata, pihaknya sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat tahfiz berkenaan selain menunggu laporan penuh HSI berhubung punca sebenar penyakit yang dialami kanak-kanak itu sebelum tindakan seterusnya diambil.

 

(Visited 99 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66