Pihak Sekolah Harus Beri Maklumat Kepada Pihak Polis – @NurJazlan

Pihak Sekolah Harus Beri Maklumat Kepada Pihak Polis – @NurJazlan

 

JOHOR BAHRU 23 APRIL – Pihak sekolah diingatkan supaya berterus terang sekiranya terdapat kegiatan gangsterisme di kalangan pelajar sekolah.

 

Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Pulai itu berkata, pihak sekolah harus memberikan kerjasama penuh kepada polis supaya langkah yang sewajarnya dapat diambil.

 

“Pihak sekolah kena bagi maklumat kepada pihak polis,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kepada peserta Amerin Rotary Charity Carnival 2017 di pekarangan Hotel Amerin, Taman Perling, di sini sebentar tadi.

 

Polis telah berjaya menahan sembilan anggota Geng 24 atas penglibatan mereka dalam kumpulan kongsi gelap.

 

Tangkapan terbaharu itu menjadikan sebanyak 27 anggota kumpulan itu telah berjaya ditahan setakat ini.

 

Kelmarin, dua video yang memaparkan sekumpulan orang menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah di Klang menjadi tular dalam media sosial.

 

Video pertama menunjukkan sekumpulan orang menjerit sambil memegang kain rentang tertera ’24’ dan ’TD4’.

 

Video kedua pula menunjukkan kek beserta tulisan ‘SMK Sri Andalas’, ’24’ dan Apache’.

(Visited 14 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66