Pergerakan Bookie Harus Dipantau Dengan Lebih Ketat – @TI_Malaysia

Pergerakan Bookie Harus Dipantau Dengan Lebih Ketat – @TI_Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 April – SPRM memiliki senarai nama pemain dan bookie yang masih aktif termasuk yang mempunyai hubungan baik dengan dalang terbabit.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar, berkata pergerakan mereka agak licik dan sentiasa menukar modus operandi, jadi SPRM, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan polis perlu sentiasa kreatif untuk menghidu pergerakan mereka.

Beliau berkata, sebelum ini pihak berkuasa sudah mengambil pelbagai langkah bagi membanteras gejala itu termasuk berhubung rapat dengan pengurusan pasukan dan pemain sertai meletakkan pegawai dalam penyamaran pada setiap perlawanan termasuk di tempat lawan.

“Bagaimanapun, sindiket ini tidak terhad kepada pemain dan jurulatih saja, mereka turut mendekati ahli keluarga mereka yang terbabit dan menggunakan orang hubungan yang dipercayai untuk mempengaruhi pemain.

“Gaya hidup tidak sihat seperti judi dan berfoya-foya sering menjadi punca pemain ini membabitkan diri dalam gejala rasuah. Mereka ini mangsa paling digemari bookie.

“Selain itu, masalah pembayaran gaji tidak tepat pada waktunya juga mampu mendorong pemain atau jurulatih mencari alternatif lain untuk menampung perbelanjaan mereka dan saya pasti SPRM turut memantau perubahan gaya hidup secara mendadak mereka yang terbabit serta komunikasi dengan bookie yang berada dalam senarai pemantauan,” katanya.

Semua Ahli EXCO FAM, pegawai, pemain serta pengadil yang terbabit dalam Liga Malaysia (Liga M) akan dipantau oleh SPRM.

(Visited 21 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66