Maut Dibakar Tunang – @PolisJohor @PDRMsia

Maut Dibakar Tunang – @PolisJohor @PDRMsia

JOHOR BAHRU, 23 APRIL – Seorang wanita melecur hampir 95 peratus dipercayai dibakar tunangnya petang kelmarin, meninggal dunia pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata mangsa berusia 21 tahun itu meninggal dunia pada jam 11 pagi ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Siasatan polis mendapati suspek berusia 28 tahun dan mangsa tinggal di rumah yang sama sejak tiga tahun lalu dan mereka juga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan.
“Suspek yang turut cedera ditahan ketika mendapatkan rawatan di HSA kelmarin dan lelaki terbabit juga dipercayai penagih dadah kerana ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah.

“Mangsa dan suspek kedua-duanya tidak bekerja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca akibat pertengkaran antara suspek dan mangsa kira-kira jam 6 petang, kelmarin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

(Visited 18 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest